|
|
|
Menu
Utama->Koleksi Kad->
Koleksi Doa Dan Pantun |
|
KOD |
DOA |
| DOA01 |
Ya Allah Ya Rahim... Dari setinggi
dan selaut kasih sayang Mu, Kau limpahkanlah rahmat jua
keampunanMu kepada pasangan suami isteri ini. Berkatilah
majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan
ketenangan, kebahagian dan jiwa yang tabah menghadapi
setiap dugaanMu, mudah-mudahan perkongsian hidup yang
dibina berkekalan hingga ke akhir usia, dengan Taufik
dan HidayahMu, beruntunglah keduanya dalam kehidupan di
dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Amin Ya Rabbal
Alamin. |
| DOA02 |
Ya Tuhan kami... Kurniakanlah
keimanan dan kesabaran kepada kedua mempelai supaya
mereka berjaya menempuh segala dugaan, Kurniakanlah
ketaqwaan dan kesyukuran kepada kedua mempelai supaya
mereka sentiasa menerima nikmat Mu, Kurniakanlah
keredhaan dan keinsafan kepada kedua mempelai supaya
mereka dapat beramal ibadat ke jalan yang benar,
Kurniakanlah ketabahan dan kecekalan kepada kedua
mempelai supaya mereka menjadi hamba Mu yang berjaya di
dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin |
| DOA03 |
Ya Allah, satukanlah hati kedua
mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa,
Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati
Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah. Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang suka
pada syariatku hendaklah mengikut sunnahku dan satu
daripada sunnahku ialah nikah..." |
| DOA04 |
Ya Allah Ya Tuhan kami..., "Kami
memohon kepada Mu agar diberkati majlis ini.
Limpahkanlah Rahmat dan Innayah Mu ke atas pasangan
suami isteri ini. Bahagiakanlah dan pelihara rumahtangga
mereka agar sentiasa berada didalam lingkungan rahmat Mu
yang bertali arus. Jadikanlah kami hamba Mu yang
sentiasa bersyukur dan beriman serta tergolong dalam
golongan insan yang kamil. Berikan kami kekuatan jasmani
dan rohani dalam menempuh liku-liku dugaan dan cabaran
yang mendatang kerana kami tahu kami tiada daya upaya
melainkan dari, dengan dan kerana Mu jua ..." Amin Ya
Rabbal Alamin. |
| DOA05 |
"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan
Nya, diciptakan Nya untukmu pasangan hidup dari jenismu
sendiri supaya kamu mendapat ketenangan hati dan
dijadikan Nya kasih sayang diantara kamu. Sesungguhnya
yang demikian menjadi tanda-tanda kebesaran Nya bagi
orang-orang yang berfikir" Surah Ar-Rum , ayat 21 |
| DOA06 |
Ya Allah Ya Tuhan Kami.. Jadikanlah
rumahtangga kedua mempelai ini seindah rumahtangga Adam
dan Hawa, setabah Ibrahim dan Hajar, sebahagia Yusof dan
Zulaikha, sesetia Sulaiman dan Balqis serta sesuci
Muhammad dan Khadijah. Murahkanlah rezeki mereka,
penjangkanlah umur mereka, dekatkan mereka kepada
kebaikan , jauhkan mereka dari keburukan dan
kurniakanlah mereka kesenangan di dunia dan akhirat. |
| DOA07 |
"Manusia Hawa dijadikan dari rusuk
manusia Adam dan bukan dari kepalanya untuk dijunjung,
bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas tetapi
adalah dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat
dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dengan
hatinya untuk dicintai" |
| DOA08 |
Ya Allah Ya Tuhan kami, Kami memohon
doa restuMu, berkatilah majlis ini. Limpahkanlah Berkat
dan Rahmatmu atas pasangan suami isteri ini. Jadikanlah
rumahtangga mereka aman dan bahagia dalam ketaatan
terhadap Mu. Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang
soleh dan solehah serta berikanlah ketenangan terhadap
mereka di dunia dan di akhirat. Sempurnakanlah agama
mereka dengan berkat ikatan ini. Semoga majlis ini
berjalan dengan sempurna sepertimana yang Kau kehendaki
dan semoga jodoh ini berkekalan hingga ke akhir hayat |
| DOA09 |
"Ya Allah Ya Tuhan Kami, seandainya
telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku,
dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku.
Titipkan kemesraan diantara kami berdua agar kebahagian
itu abadi. Wahai Tuhan yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami
dalam melayari ketepian yang sejahtera sepertimana yang
Engkau kehendaki." Amin Ya Rabbal Alamin... |
|
KOD |
PANTUN |
| PAN01 |
Sirih bermadah pinang dibelah, Adat
diturut tersusun rapi, Merisik sudah bertunang pun sudah,
Tiba kini majlis dinanti. |
| PAN02 |
Lembayung Senja menggamit malam,
Menangis jentayu menanti hujan, Hajat mulia menyusul
salam, Pohon restu kehadiran tuan. |
| PAN03 |
Sirih bertepuk pinang dibelah, Dijamu
untuk tetamu kami, Merisik sudah bertunang sudah, Kini
tiba pengantin dirai. |
| PAN04 |
Beras kunyit kami taburi, Air mawar
direnjis wangi, Undangan kami setulus hati, Harap sudi
datang merai. |
| PAN 05 |
Tepak perak indah berseri, Dibawa
orang dari Deli, Menyusun jari memohon sudi, Raja sehari
sama dirai. |
|
|